Percutian

KOH SAMUI PULAU YANG MEMBIRU.

KOH SAMUI PULAU YANG MEMBIRU. 
Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti.Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik.
@santaitravel 

Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa Majalah Santai Travel ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana. 







Chaba Cabana Beach ResorT & SPA

Kehadiran kami di sambut meriah dan sangat-sangat selesa
ketika berada di sini. Kami terus pergi ke pantai untuk melihat 
pasir pantai yang memutih dan air laut yang biru.
















Sebelum kita nak explore apa yang ada di Koh Samui mari kita lihat Resort yang sememangnya cantik dan menarik ni. Pantai dia memang cantik sampaikan kami tak sabar nak mandi.





















Bagi yang belum merasai "Amazing Thailand" silalah memilih destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan pantai-pantai dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.

About dboystudio

1 comments:

Powered by Blogger.