Berita

Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0

Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 kembali lagi kali ini yang ke dua dengan penyertaan dalam acara ini dibuka kepada orang awam dan  menjemput penggiat media serta beberapa blogger dari negara-negara ASEAN yang terpilih untuk turut serta, untuk membantu menjana publisiti, tarikan dan kemudahan yang ada sambil membeli-belah di bandar Kuala Lumpur.

Tourism Malaysia, masih memberikan nama "Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0", dengan logo wanita berbaju kebaya sambil berbelanja.

Objektif utama penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai tempat membeli-belah, dan untuk menyerlahkan aksesibiliti setiap pusat membeli-belah melalui pengangkutan awam, terutamanya oleh sistem MRT baru.

Para peserta akan menjelajah ke shopping mall yang meliputi Bukit Bintang Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur (BBKLCC), Jalan Tuanku Abdul Rahman (BARRA), Jalan Sultan Ismail, Sunway Putra Mall, Pasar Sentral, Sunway Velocity dan MyTown Shopping Centre.

Setiap peserta akan dikehendaki menyelesaikan tugas khas dengan melawati shopping mall yang mengambil bahagian hanya menggunakan pengangkutan awam (LRT / Monorail / MRT), kemudian mengambil beberapa gambar untuk dikongsi melalui platform media sosial  seperti Facebook dan instagram.


Peserta sedang mendengar taklimat dan panduan dari urusetia pertandingan.







Terdapat peserta media antarabangsa yang turut memeriahkan pertandingan kali ini.










Masih ada juga yang tidak tahu bas Go KL berwarna pink ini adalah percuma sekitar kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.






Bergambar bersama dengan urusetia Tourism Malaysia yang memastikan kelancaran pertandingan.







Tahniah kepada pemenang- pemenang yang berjaya kali ini.
Anda boleh menyaksikan video penuh di bawah ini : 






About dboystudio

18 comments:

  1. 14 shopping mall? That is a lott. But I bet you guys had a very nice and exciting time right?

    ReplyDelete
  2. 14 shopping mall seharian? mak aiii...tabahnya...kalau SA sure exhausted..

    ReplyDelete
  3. wah.. shopping hunter ni.. best la korang dapat ber aktiviti mcm ni.. seronok TB tengok..

    ReplyDelete
  4. gila banyak shopping mall korang pergi?! aku pergi satu pun dah letihhhh haha congrats sebab berjaya habiskannnnn

    ReplyDelete
  5. wow shopping tu memang terbaik siapa yang suka shopping ni...

    ReplyDelete
  6. Macam best je event macam ni. Tak pernah join aktiviti seumpama macam ni. Geng dengan Ruby dan Kak LImah yerr.

    ReplyDelete
  7. hahaha. kelakar betul pengalaman masa join program ni. tapi overall memang enjoy dan menarik! tak sabar tunggu tahun depan punya pulak. hihi

    ReplyDelete
  8. fuhh..merasa gak shopping di banyak mall dlm masa 1 hari hehe

    ReplyDelete
  9. Menariknya shopping hunt ni. Marsha suka shopping. Bestla join

    ReplyDelete
  10. Bestkan Morou, tapi tak pasti tahun depan nak joint lagi...heee

    ReplyDelete
  11. syoknyeeee shopping n shopping next time klu ada nak join lahhh

    ReplyDelete
  12. Bestnya...shopping haunt gini...
    Nak join jugekkk

    ReplyDelete
  13. Bestnya aktiviti hunt begini. Rawlins pun nak join tapi sebab dah ada komitmen lain. Harapnya tahun depan dapat join la.

    ReplyDelete
  14. shopping hunt?! macam seronoknya~~ i wish i can join too!

    ReplyDelete
  15. Everyone seem enjoy run around the city and shop. Next year I want to join too.

    ReplyDelete
  16. bestnya wakkkkkkk, onie tak sempat la nak join event ni, pun tak pernah join event yg jenis hunting-hunting ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.