Asean Monsoon Casting Tournament 2017, Tasik Kenyir, Terengganu | Menarik ramai kaki pancing ke Terengganu dan menjalin persahabatan sesama pemancing.
Asean Monsoon Casting Tournament 2017, Tasik Kenyir, Terengganu kembali lagi dengan menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan dan lokasi memancing terbaik di dalam negara dan bertaraf dunia.
Setelah lama menanti tarikh keramat ini menjadi penentuan para pemancing bagi menyertai Asean Monsoon Casting Tournament (MCT) pada tarikh 30 November hingga 3 Disember ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Seramai 300 peserta menyertai pertandingan ini dan mendapat penyertaan daripada peserta luar negara iaitu Korea , Singapura , Austri , Indonesia dan Amerika syarikat seramai 16 peserta.
Sebanyak 14 houseboat dan 15 boat fiber kecil di gunakan sepanjang kejohanan ini dan di pantau oleh Polis Marin dan Pihak Bomba.
Pertandingan kali ini berkonsepkan ' tangkap dan lepas ' bagi menjaga ekosistem marin dan konservasi di Tasik Kenyir. Sebanyak 9 kategori di pertandingkan antaranya adalah King Of AMCT 2017 , King Of Sebarau , Toman , Barramundi , Pemancing terbaik serta banyak lagi.
Pertandingan kali ketiga itu menawarkan hadiah
keseluruhan berjumlah RM65,000 termasuk enjin bot,
bot almunium, bot fibre, motor elektrik dan aksesori memancing sumbangan 47 penaja.
----------------------------------------------------------------
Para peserta telah hadir dari awal pagi lagi menaiki kenderaan dan 4x4 mereka sambil membawa boat fiber menuju ke Pengkalan Gawi.
Perjalanan jauh mereka tidak mematahkan semangat untuk menyertai pertandingan kali ini. Peserta mendaftar di urusetia yang terlibat dan sedikit jamuan ringan di sediakan. Peserta perlu mendapatkan tag pertandingan serta pita ukur bagi mengukur saiz ikan yang akan di pancing.
Peserta di berikan minyak 2t oleh penaja daripada Mercury sebanyak 3botol setiap boat fiber ketika mendaftar dan mendengar taklimat dari urusetia pertandingan dan etika keselamatan semasa memancing.
Perasmian kali ini di rasmikan oleh Pengurus Pelancongan Ketengah, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Penasihat MCT, Ibrahim Ujang Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang serta Azri ngah.
Acara pelepasan anak-anak ikan sebanyak 35000 ekor dari pelbagai jenis di Tasik Kenyir kali ini.
Houseboat turut menuju ke destinasinya di Pulau Mahatdir, Sungai Kelebu dan Pulau Petang yang menjadi destinasi hentian sebanyak 14 houseboat kesemuanya yang berkampung di Tasik Kenyir.
Pelbagai hadiah menarik di sediakan kepada semua
peserta serta cabutan bertuah pada malam harinya. Keindahan Tasik kenyir tidak dapat di gambarkan jika anda tidak datang sendiri ke sini.
Ujang turut mempromosikan Novel #Jibam.
Jangan lupa ramai-ramai menonton #Filemjibam yang akan di tayangkan serentak di seluruh
Jangan lupa ramai-ramai menonton #Filemjibam yang akan di tayangkan serentak di seluruh
Malaysia pada 7 december 2017.
Pelbagai aktiviti di jalankan termasuk la
accurate casting yang menguji kemampuan peserta kali ini.
Acara melepaskan anak ikan kejo @ Kelah hijau sebanyak 2000 ekor sumbangan casahartamas di anak sungai Tasik Kenyir.
Tahniah kepada semua pemenang!!
Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur , penaja, peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Asean monsoon casting tournament 2017 kali ini.
Tahniah kepada penganjur yang bekerja keras untuk memastikan penganjuran kali ini berjaya dari awal lagi hingga ke hari ini.
lawati Facebook MCt Official untuk sebarang aktiviti dan informasi terbaru.
-------------------------------------------------------------------------------
Kalau sudah ke Terengganu jangan lupa ke Masjid Kristal dan menikmati keropok losong Terengganu.
Semoga anda dapat melihat dan menikmati pemandangan yang indah di Tasik kenyir bersama-sama saya nanti. Moga Tasik kenyir menjadi destinasi anda suatu hari nanti.
wah..meriah..en.suami saya bukan minat aktiviti memancing ni, hah..kalau peminat confirm dia ajak terjah ke aktiviti ni...
ReplyDeleteboleh tenangkan fikiran dan menikmati suasana nyaman kat kenyir pasti best!
DeleteTahniah kepada pemenang!! Seronok tengok aktiviti macam ni.
ReplyDeletememang best sampai 47 penaja sponsor tau
Deletebestnya tengok aktiviti2 kat tasek kenyir ni.. belum berpeluang lagi ke sana..
ReplyDeletekena cari time yang sesuai lepas tu santai abis kat sana
Deletewah aktviti yang menarik ni. Banyak tak dapat ikan? KawanIka Kaki pancing.taksure dia turut serta ke tak.
ReplyDeletehope dia tahu dan dapat serta next time pasti best
DeleteKaki pancing memang seronoklah dapat join aktiviti ni. Bias amesti buat pertandingan 'tangkap dan lepas' kan? Btw, saya takut kalau dok atas air or laut. Trauma takut jatuh, hehe.
ReplyDeletetak kanlah boat house tu besar tapi safety dia utamakan
DeleteTahniah kepada semua pemenang, meriah juga ya aktiviti nie..
ReplyDeletedah macam satu kampung dengan 300 peserta katakan.. meriah dan menarik!
Deletewah macam best event. I have yet to visit Lake Kenyir
ReplyDeletemust visit! memang best!
DeleteSeem this event is exciting and adventurous. So many people participants.
ReplyDelete300 people join thie event! awesome!
DeleteSempat lagi Ujang mencelah ek....
ReplyDeleteHarap filem Jibam berjaya.. dulu zaman kecil2 suka baca bukunya... 2-3x repeat baca kot... feel dia lain macam sikit
tanyangan jibam dah masuk minggu ke2 hope berjaya pecah panggung juga!
DeleteThank you semua yang comment!!
ReplyDeletememang best kalau buat trip memancing macam gini sambil menikmati nature dan keindahan yang ada di negeri Terengganu.
Pernah plan nak memancing dekat Tasik Kenyik tapi tak jadi last minit terpaksa cancel... baca entri ni macam nak plan balik trip memancing ke Tasik Kenyir
ReplyDeletekena plan balik la lepas ni sambil cuti-cuti malaysia jgn lupa tapau keropok losong ganu tau!
DeleteYaAllah cantik nya ciptaan Allah. Teringin nak pegi Tasek Kenyir. Tapi dikepala selalu bermain soalan "ada pacat tak? kehkehkeh dasar penakut..cmne tu
ReplyDelete