Makanan

Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor pusat buah-buahan.

Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore.

Seterusnya perjalanan kami menuju ke Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor. Semua ternanti-nanti apa yang ada di sana adakah lebih kurang sama macam di melaka? Melalu pintu masuk sudah terlihat berjenis-jenis buah-buahan sedang di jual.


Anda boleh menikmati hidangan di restoran yang terdapat di Desaru Fruit Farm. Hidangan tengahari mereka memang terbaik, unik dan pelbagai. Kelihatan pengunjung dari Taiwan ada sekali menikmati buah-buahan segar. Jelas sekali Desaru Fruit Farm mendapat sambutan dari pelancong tempatan dan luar negara.







Cuba anda lihat betapa penuh dan pelbagai jenis buah-buahan yang di sajikan. Sampai tak tahu mana satu nak makan dulu.



Bahagian hidangan pula penuh satu meja dengan pelbagai jenis. Kesemua hidangan menggunakan bahan-bahan yang segar . Abam suka semuanya kecuali sup tongkat ali tu rasa dia unik tapi habis juga semangkuk sebab berkhasiat.













Selepas makan kami di beri peluang tour sekitar Desaru Fruit Farm ini dengan menggunakan ATV. Setiap perjalanan kami di perkenalkan dengan setiap pokok yang mereka ada memang besar kawasan Sesaru Fruit Farm ini.




Jika sudah sampai ke sini jangan lupa membeli pelbagai jenis makanan sampingan yang mereka usahakan sendiri.
Madu juga di jual di sini antaranya madu kelulut, madu hutan dan madu tualang.






DESARU FRUIT FARM
Sungai Cemaran, Desaru
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Dibuka setiap hari, termasuk cuti umum
Jam 8.30 AM - 6.00 PM
Tel : 07-822 5886 / 07-822 3866
Facebook : DESARUFRUITFARM

Antara harga package yang di tawarkan untuk makanan dan buah-buahan tempatan. Peminat buah-buahan boleh la masuk dalam list anda.




About dboystudio

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.