Pengalaman Pelayaran Premium Dengan Discover Catamaran
The highlights of our trip kali ini ialah belayar dengan kapal mewah Catamaran menuju ke Koh Racha dan Koh Maithon untuk snorkeling dan melihat dolphin.
Persiapan
Kami berkumpul di Kaneang Restaurant di Chalong Pier. Oihh sedap chaiyen (teh ais) kat sini. Selepas short briefing kami pun dibawa menaiki shuttle bus ke jeti.
Kami menuju ke Pulau Racha Island untuk menikmati keindahan pulau di Phuket. Pelbagai aktiviti pantai dapat di buat di sini. Sudah tentu makanan halal di boat dan kapten boat pun muslim.
Discover Catamaran is offering day trip to a few island for water activities like snorkelling, sea-kayaking, inflatable slider, dolphin watching or just relax on the beach.
Menikmati Keindahan Pulau Maithon dan Racha yang membiru di Phuket bersama Discover Catamaran yang mewah. Discover Catamaran menawarkan pengalaman berlayar bersama dengan kapal catamaran yang mewah lagi bergaya. Peluang ini tidak kami lepaskan apatah lagi ke pulau-pulau cantik di Thailand.
Terdapat pelbagai pakej menarik kepada pengunjung jika ingin kepulau seharian atau bermalam. Kami di sambut dengan mesra sekali oleh anak-anak kapal dan di bawa mengelilingi kapal yang cukup elegan dan mewah.
Pakej kali ini terdapat hidangan makan tengahari yang Halal di atas kapal, seiring dengan pihak Tourism Authority of Thailand (TAT) bagi perkenalkan dan mempromosi Andaman Muslim friendly 2017. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan istimewa sekali gelongsor ke laut terus dari atas kapal
. Pulau Maithon cukup cantik untuk di kunjungi oleh itu, terdapat ramai pengunjung yang bersantai di tepi laut. Sebelum pulang kami di beri peluang untuk melihat ikan lumba-lumba liar di sekitar kapal. Kepada yang ingin ke sini pastikan membawa kamera, cermin mata dan lotion pelindung matahari yang lain seperti jaket keselamatan dan snorkeling semuanya siap tersedia.
1) Program A - Racha + Maithon Sunset Cruise
2) Program MP - Phi Phi + Maya + Maithon Sunset Cruise
3)Program Bh - Baba Hideway Sailing Catamarn
4) Program B - Maithon Day Trip by Sailing Catamaran
Harga pakej bermula daripada THB4,200 per pax.
Discover Catamaran
22/135-136 (Boat Lagoon) M.2 Kohkaew
Amphoe Muang Phuket
Phuket, Thailand 83000
+66 (0) 94 597 6111 / 94 597 6222
Emel: discovercatamaran@gmail.com
0 comments:
Post a Comment