Makanan

Mandarin Palace Restaurant, Federal Hotel KL

Kali ini kita akan review dan menjamu selera di Mandarin Palace Restaurant, Federal Hotel Kuala Lumpur yang sememangnya terkenal dengan sejarahnya yang begitu penting buat Malaysia.

 Kemerdekaan Malaysia 1957 menjadi saksi kehebatan hotel ini namun di sebaliknya terdapat restaurant makanan cina yang tertua di Kuala lumpur iaitu Mandarin Palace Restaurant. Jika anda melangkah kaki ke sini tersergam indah ukiran-ukiran berwarna emas, lukisan, pasu-pasu cina dan lampu berwarna merah terang seperti anda sedang berada di negeri China.

Mandarin Palace Restaurant, berada di tingkat 2 Federal Hotel Kuala Lumpur
 Terdapat lebih 60 jenis hidangan masakan cina yang disajikan sepanjang promosi kali ini.
 Promosi brunch buffet ini berlansung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja semasa promosi berlansung. Ia bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang
.




Menu yang sempat kami rasa adalah seperti Roasted Chicken , Five Spice Soy Bean Curd & Egg, Wanton, Swee Kao Dumpling, Steamed Chicken With Chinese Prawn Paste, Asam Slice Fish, Deep Fried Otak-otak Spring Roll dan pelbagi jenis Dim sum yang sedap-sedap semuanya.





Sedikit video untuk tatapan anda.




kini anda dapat merasai pelbagai jenis Dim sum dan masakan cina di sini! Harga yang ditawarkan adalah rm78 bersih untuk dewasa dan rm39 bersih untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. 

Mandarin Palace @ Federal Hotel.
Jalan Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Book a table or Make your reservation at 03-21489166 


About dboystudio

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.