Makanan

Rasa Steak sebenar di NY Steak Shack Melawati Mall

Restoran NY Steak Shack  ini terletak di Melawati Mall dan cawangan ke 10 selama 3tahun penubuhanya. Di ilhamkan dari hiasan bandar New York yang mempunyai ramai etnik dan budaya serta makanannya yang menjaga kualiti dan suasana menarik. Kesemua makanan yang dihidangkan di NY Steak Shack adalah HALAL yang disahkan Jakim


Untuk pengetahuan korang, Nyss menyediakan bahan-bahan berkualiti dari dapur mereka sendiri oleh chef berpengalaman. Setiap daging, sayur dan herba di pilih yang terbaik dalam semua hal natural tanpa msg. Patutlah menarik hidangan dan makanannya. 





Kami datang sini dengan bantuan daripada Uber. Search je nama NY Steak Shack Melawati Mall ni, inshaAllah terus je sampai kat Mall baru ini. 




MENU YANG KAMI RASAI.
Sup Labu 
Sup labu yang sedap pertama kali rasa sesedap ini yang di hias dengan rosemarry segar.

Shrooms & Onions
Cendawan dan Bawang goreng keju yang mantap sesuatu korang patut cuba sangat sedap. 




SizzlingRibeye Steak 
Signature dishes dorang steak panggang bersama bawang goreng yang super lembut dan sedap. Korang boleh pilih 2 side yang ada.





Big Apple 
Macam dekat NY City, burger besar sangat cukup makan untuk 2orang dan seriusly memang sedap. Selalu tengok jer mat salleh layan burger  daging, epal dan nenas patut la sedap. Nak lagi yang nie.





The Empayar 
Burger daging  campur cendawan dan bawang boleh buat korang tak berhenti makan.



The Trio Platter 
Kepak ayam pedas pedas, kambing goreng dan steak ribeye. bersama dengan nasi labu, pasta dan kentang goreng .











FEEDBACK DARIPADA KAMI

RESTORAN: Restoran nice! sangat-sangat selesa dan bersih. 
Ruang kedai yang mempunyai interior design menarik berlatar belakangkan bandar New york . 

MAKANAN: Kami suka plating makanannya. Kemas, cantik dan nampak menyelerakan. Korang kena cuba Banana Milkshake yang sedap.

HARGA: Harga kat sini standard dengan kualiti yang di berikan. Tapi rasa agak murah dengan daging yang tebal dan portion besar. Gelas dia besar tak caya cuba order air kosong.

SERVIS: Pelayan kat sini cepat dan makanan pun tak lambat sampai . Pakaian mereka bersih ,sopan mesra siap pakaikan bitt lagi takut baju kita kotor.


Kami kongsikan info terkini NY Steak Shack Melawati Mall
dan untuk lebih lanjut lagi anda boleh klik laman web dan l
aman social mereka.

FACEBOOK: NY Steak Shack Melawati Mall
https://www.facebook.com/NY-Steak-Shack-458085754590272

INSTAGRAM: Nysteakshack

Terdapat 10 cawangan NY Steak Shack dan korang boleh terjah.
NY Steak Shack Melawati Mall
L3-08, Third Floor, Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati (11.51 km)
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
03-4161 0826
Hours 10:30 - 22:00

Cawangan-cawangan lain :
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur 
Sunway Pyramid (Selangor) 
lol city Mall (Putrajaya) 
 Utama (Selangor) 
Subang Parade (Selangor) 
AEON Shah Alam (Selangor) 
Sunway velocity Mall (Kuala Lumpur) 
SoGo (Kuala Lumpur ) 
Alamanda (Putrajaya) 
Melawati Mall (Selangor) 

Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE post ini dengan kawan-kawan, keluarga serta kenalan anda semua. Terima kasih.

PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:
dboyfotopages@gmail.com (Email)
INSTAGRAM
JOM FOLLOW @dboy_studio

About dboystudio

14 comments:

  1. Wow gilalah nampak sangat sedap pula cara dia buat epal grilling tu, nampaknya nak kena singgah bila ada bonus masuk nanti Lol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memamg sedap la burger epal dan nenas tu ada manis2 patut la mat salleh dan pak arab suka.

      Delete
  2. ini boleh mendatangkan amarah lemak-lemak kat badan ni. nampak seap sangat. kena masuk dalam must try list bila ke KL nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi tau rasa yg best milkshakedia yang mantap sekali.

      Delete
  3. Sedapnyer weh. Aku paling suka bab makan stik ni. Memang satu portion tak cukup la kalau aku makan. Pasti tambah lagi.

    Ajak la aku juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dan terangkat sure kena repeat lagi nie. sure jom g sama2.

      Delete
  4. Big apple tu sedapnya. Menu dia semua nampak menarik. Hiasan pinggan dan makanan pun stylish. Rasa nak cuba juga makan kat sini nanti.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. Pernah cuba restoran nii dulu. Memang puas hati dengan harga dan portian dia, sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Steak mmg fav Ank saya.. Nnt bolehlah bwk dia kat sini. Nampak ada mcm-mcm steak set yg boleh dicuba... Tahniah pembukaan NY Steak Shack

    ReplyDelete
  7. YaAllah menyelerakan betol semua makanan-makanan dia. Nak nak steak tu. Nyummy. Nanti nak kena pergi cuba ni.

    ReplyDelete
  8. Biasa SA makan kat cawangan ONE UTAMA...boleh tahan la steak kat sini...

    ReplyDelete
  9. WOw.. the food so much drooling on my handphone and I really can't wait to try this as always wanted to try their food.

    Racheal

    ReplyDelete
  10. Alamak... Kecur liur tengok gambar sizzline rib eye steak tu! Memang favourite saya! Boleh bayangkan bunyi sizzle dia tu bila sampai ke meja. Woooohooo!!

    ReplyDelete
  11. Ya Tuhan, bestnya !! Kenapa ku tidak mengetahui akan hal ni. ErMMm ok next trip ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.